Friday, July 31, 2009

Sesi Perbincangan KSK bersama Pegawai Daerah



Pada 29 Julai yang lepas, beberapa wakil dari AJK Kelab Sukan Komuniti (KSK) Simunjan, telah membuat perbincangan tentang pelbagai perkara dan aktivti-aktiviti yang akan diadakan oleh pihak KSK dengan Pegawai Daerah Simunjan. Pegawai Daerah juga turut memberi pandangan serta cadangan bagi penambahbaikan KSK.





Perlawanan Liga Bolasepak KSK, 11 Sebelah


Perlawanan Bolasepak 11 sebelah telah berlangsung pada 12 Julai 2009 di Padang Besar, Majlis Daerah Simunjan. Perlawanan ini adalah anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Daerah Simunjan. Sebanyak 14 buah pasukan akan bertanding secara liga. Perlawanan Akhir bagi Perlawanan Bolasepak 11 sebelah ini dijangka diadakan pada 7 Ogos 2009 akan datang.















Wednesday, July 29, 2009

Pertandingan Akhir Futsal Wanita

Pertandingan Akhir Futsal Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan Pasukan Kpg. Sageng telah berakhir tanpa jaringan 0-0 dan perlawanan berkesudahan dengan tendangan penalti 2-1 yang dimenangi oleh Pasukan SMK Simunjan No.1 menjadikan Pasukan Kpg. Sageng di tempat kedua. Sebuah lagi Pasukan SMK Simunjan No.1 telah mendapat tempat yang ketiga manakala Pasukan Kpg. Keleka pula menduduki tempat keempat.

Pemenang Tempat Ke-1 dan Ke-3 dari SMK Simunjan No.1

Pemenang Tempat Ke-2 dari Kpg. Sageng, Simunjan



Pemenang Tempat Ke-3 dari Kpg. Keleka, Simunjan.

Monday, July 6, 2009

Journey to SeriKin


Serikin yang terletak di Pekan Bau memakan masa 2 jam perjalanan dari Kuching. Ia terletak di Sempadan Sarawak dan Indonesia. Kebanyakkan peniaga-peniaga di Serikin adalah dari Indonesia. Pekan ini memang terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Sarawak terutama sekali dari Semenanjung Malaysia. Pelbagai jenis barang yang unik dan lain dari yang lain terdapat di Serikin dan ia boleh di dapati pada kadar yang berpatutan terpulang kepada kemahiran anda untuk tawar menawar. Jom kita saksikan video perjalanan saya ke Serikin pada 5 Julai 2009 yang lepas.