Tuesday, June 29, 2010

MAJLIS PENUTUPAN "BENGKEL ICT PERCUTIAN SEKOLAH"

Pada 18 Jun 2010 telah berlangsung Majlis Penutupan bagi bengkel ICT Percutian Sekolah yang telah diadakan pada 14-17hb Jun 2010 di PJK Simunjan bersempena dengan musim cuti sekolah. Majlis penutupan telah dilaksanakan oleh Y.B Hajah Nancy Bt Hj Shukri, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong. Turut hadir, En. Zulkarnain Bin Mohd Yasin, Pengarah, SKMM Pejabat Wilayah Sarawak dan wakil dari Pejabat Daerah Simunjan. Pengumuman bagi pemenang Pertandingan Blog turut diadakan pada hari tersebut dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B Hajah Nancy Bt. Hj Shukri, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong.


Penyampai Sijil Penyertaan oleh Y.B Hajah Nancy Hj Mohd Shukri, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong



Pemenang Blog Terbaik



Peserta Bengkel yang terdiri daripada guru dan kakitangan pendidikan



Sesi bergambar bersama Y.B Hajah Nancy Hj Shukri, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong & En. Zulkarnanin Mohd Yasin, Pengarah SKMM Pejabat Wilayah Sarawak


BENGKEL ICT PERCUTIAN SEKOLAH

BENGKEL ICT PERCUTIAN SEKOLAH (Pelajar-pelajar SMK Sri Sadong)




PJK Simunjan dengan kerjasama SKMM, Sarawak telah mengadakan Bengkel ICT Percutian Sekolah sempena dengan cuti sekolah yang lepas. Seramai 21 orang pelajar dari SMK Sri Sadong telah turut serta dalam bengkel yang diadakan pada 14-15 Jun 2010 lepas. Dengan adanya bengkel seperti ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengisi masa yang terluang dengan lebih berfaedah.


BENGKEL ICT PERCUTIAN SEKOLAH (Guru-guru & Kakitangan Pendidikan)


Selain dari pelajar-pelajar sekolah, Bengkel ICT Percutian Sekolah juga turut disertai oleh para guru dan kakitangan Pendidikan yang diadakan pula pada 16-17hb Jun 2010. Seramai 15 orang peserta yang terlibat dalam Bengkel kali ini . Bagi memeriahkan lagi Bengkel, PJK dan SKMM, Sarawak telah mengadakan Pertandingan Blog diantara pelajar dan guru/kakitangan pendidikan. Beberapa hadiah menarik telah disediakan.

Sunday, May 2, 2010

"Boiler" Peninggalan Sejarah Simunjan



"Boiler" digunakan untuk membakar batu arang

"Boiler" yang digunakan untuk aktiviti perlombongan batu arang semasa pemerintahan British pada masa dahulu. Pada masa dulu perlombongan arang batu giat dijalankan di kawasan Gunung Ngeli Simunjan pada awal 60-an. Kini perlombongan tersebut sudah tidak aktif lagi dan kini meninggalkan kesan perlombongan di kawasan tersebut.
"Boiler" yang kini menjadi peninggalan sejarah Daerah Simunjan


Friday, April 30, 2010

Program "IT KLIK"


Program "IT Klik" yang diadakan pada 23 April 2010 di PJK Simunjan disertai oleh 24 orang remaja. Aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan remaja kepada laman web sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter sebagai satu cara untuk komunikasi. Walaupun para remaja ini tinggal di luar bandar namun mereka sedar dengan menggunakan laman sosial tersebut mereka boleh mencari lebih ramai kawan serta bertukar-tukar pendapat terutamanya untuk mendapatkan informasi.

Monday, April 19, 2010

Asal Usul Nama " SIMUNJAN"


Menurut cerita, Daerah Simunjan mendapat nama daripada seorang pedagang Cina yang datang ke Simunjan. Pedagang Cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang (sejenis kapal layar) di mana beliau membawa tembakau dan garam. Pedagang cina tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang sungai Simunjan. Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjemur "Jan" dalam keadaaan cuaca yang mendung (maksud Jan dalam bahasa Cina ialah Tembakau). Perbuatan pedagang Cina tadi telah menyebabkan orang Melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata:"Semunlah Jan" kau itu. Sejak itu perkataan "Semun" (lembab) dan "Jan" bermain dibibir orang Melayu di kawasan itu. Mulai dari itu juga penduduk kawasan itu menggelar kawasan tersebut sebagai "SIMUNJAN".

Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak di mana pada zaman dahulu, penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak di mana pada zaman dahulu, penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun” .batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun” . Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu menyebabkan mancis tersebut menjadi lembab atau memandangkan kawasan tersebut masih belum diberi nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama ‘SIMUNJAN’

Wednesday, March 31, 2010

Program "Kids & Internet


1 Malaysia


Anak-anak yang akan mencorakkan masa depan

Melentur buluh biar dari rebung


Wajah gembira anak-anak kita




Program "Kids & Internet" telah diadakan selama sehari di PJK, Simunjan pada 30 Mac 2010. Ia bagi mendedahkan anak-anak pada peringkat awal kepada komputer serta internet sebagai media pembelajaran. Pendedahan awal amat perlu agar anak-anak tidak ketingalan dengan arus teknologi kini. Biarpun berada di luarbandar namun anak-anak tetap berpeluang untuk meningkatkan diri dengan ilmu ICT dengan wujudnya Pusat Jalur Lebar (PJK) yang akan membantu anak-anak di Daerah Simunjan untuk mahir dalam bidang ICT.


Wednesday, March 17, 2010

Program "BROADBAND CAMP" di PJK Simunjan




Program cuti sekolah anjuran PJK telah berakhir semalam. Program "Broadband Camp" yang disertai oleh pelajar-pelajar dari SMK Sri Sadong selama 2 hari mulai 15 Mac 2010 hingga 16 Mac 2010 bertujuan untuk melatih peserta membangunkan blog. Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan blog untuk perkara-perkara yang berfaedah terutama untuk pembelajaran.

Tuesday, March 9, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Daerah Simunjan






Sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat Daerah Simunjan dengan bertemakan "Memantap Ukhuwah Memperkasakan Ummah" telah diadakan pada 7 Mac 2010 yang lepas. Bertempat di Padang Sentral, Simunjan , semua penduduk Daerah Simunjan dengan penuh semangat telah berkumpul seawal 6.30 pagi. Perarakan sambutan bermula dari Padang Sentral dan seterusnya melalui Kpg. Nanas, Kpg. Keleka, Kpg. Sabun dan berakhir di Dewan Mesra Simunjan. Semua jabatan kerajaan, swasta dan sekolah telah turut dalam perhimpunan kali ini.

Saturday, March 6, 2010

Program "DUNIA IT"

Khusyuk mencari maklumat di Internet

Sibuk dengan tugasan yang diberikan


Program "Dunia IT" telah diadakan untuk memperkenalkan kepentingan Internet dalam kehidupan kini. Seramai 23 orang peserta yang terdiri dari golongan petani, nelayan dan belia telah melibatkan diri untuk lebih mengenali dunia IT dan turut sama mengejar arus teknologi terkini. Program telah dijalankan pada 26 Februari 2010 bertempat di PJK Daerah Simunjan, Pejabat Daerah Lama, Simunjan.

Program "UPU Klik"








Program diadakan khas untuk peserta lepasan SPM & STPM bagi mengisi permohonan ke IPT secara online. Seramai 17 orang peserta telah turut serta dalam program yang dijalankan di PJK Daerah Simunjan yang bertempat di Tingkat Bawah, Pejabat Daerah Lama, Simunjan.

Friday, March 5, 2010

Lawatan 1 Malaysia ke Simunjan

Kedatangan Datuk Seri disambut dengan Tarian Ngajat

Ucapan oleh Datuk Seri kepada penduduk di Daerah Simunjan


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah megadakan lawatan kerja ke Daerah Simunjan pada 22 Februari 2010. Kira-kira 5,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut diiringi Ketua Menteri Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.


Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM137.2 juta untuk pembangunan jalan Simunjan-Gedong (RM123 juta), Jalan Kampung Pantong (RM9 Juta), projek mendalamkan Sungai Simunjan (RM3 juta) dan projek bekalan elektrik luar bandar Simunjan (RM2.2 juta). Selepas itu Najib meninjau projek tebatan banjir di Kampung Nanas, Kelaka dan Sungai Simunjan Lama di tebingan Sungai Simunjan Lama, beliau sempat meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk melakukan tinjauan sekitar pekan Simunjan.