Monday, June 29, 2009

Persembahan "Ball Juggling"

Persembahan "Ball Juggling" semasa Perlawanan Akhir Futsal Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti Daerah Simunjan. Mari kita saksikan persembahan "Ball Juggling" oleh Zul dan Aman antara remaja yang berbakat dari Daerah Simunjan.

Sunday, June 28, 2009

Program Hafazan Surah Lazim

Bertempat di Masjid Daerah Simunjan, Kpg. Hijrah telah berlangsung Program Hafazan Surah-surah lazim anjuran Kelas Bina Insan Simunjan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) N.21 Simunjan pada 25 Jun 2009. Peserta terdiri dari kaum wanita yang belajar di dalam Kelas Bina Insan, KEMAS. Seramai 25 orang peserta wanita menyertai pertandingan Hafazan Surah Lazim.

Saturday, June 27, 2009

Penternakan Ikan Keli


Pada 22 Jun 2009 yang lepas Y.B Hj. Mohd. Naroden B. Hj. Majais, ADUN N.21 Simunjan telah merasmikan Majlis Pelepasan Anak Ikan Keli di kolam penternakan ikan keli yang terletak di Kampung Sageng. Sebuah persatuan telah ditubuhkan untuk penternak-penternak ikan keli yang lebih dikenali sebagai Persatuan Akuakultur Daerah Simunjan dan di Pengerusikan oleh En. Busrah Ahmad. Menurut maklumat yang diberikan setakat ini kira-kira 30 orang ahli yang aktif dalam menternak ikan keli ini.




Gambar Kiri : Antara ahli penternak ikan keli

Gambar Kanan : yah... alu oleh ikan Babe tuk... kejap jak nya nanggok tek hahah...


Friday, June 26, 2009

Pertandingan Futsal (Perempuan)

Sedang berlangsung di Daerah Simunjan sepanjang minggu bermula minggu lepas ialah Pertandingan Futsal anjuran Kelab Sukan Komuniti (KSK) Daerah Simunjan. Sambutan yang sangat menggalakkan dari kaum wanita di Daerah Simunjan. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur.




Gambar : Bakat muda... kecil-kecil dah tunjukkan bakat...hihihi...anak sedara ni..





Gambar : Siap sedia untuk memulakan perlawanan


Gambar : Emmm... semangat tul coach ni....

Tuesday, June 23, 2009

Majlis Penutupan Pertandingan Pembangunan Kandungan Tempatan


Majlis Penutupan Pertandingan Pembangunan Kandungan Tempatan anjuran SKMM, Sarawak dan PJK Daerah Simunjan. Y.B Hajah Nancy Bt. Hj. Shukri Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong disertai oleh Pengarah SKMM Wilayah Sarawak, En. Zulkarnain Bin Mohd. Yassin, dan Pegawai Tadbir Sarawak, En. Adli Hj Kiprawie telah hadir bagi memeriahkan majlis.
Gambar: Backdrop Majlis Penutupan Pertandingan Pembangunan Kandungan Tempatan
Gambar : Ucapan oleh Y.B Hajah Nancy Bt Hj. Shukri, Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong



Beberapa Kategori telah dipertandingan dan telah dimenangi ialah:

Kategori Bakat Muda Terbaik:

~ Zulizazi Bt Hamran
~ Erdy Azezy B. Sohardi

Kategori Kreativiti & Bakat Terbaik

~ Muhd. Khairul Ariffin Bin Raili

Kategori Kandungan Terbaik
~ Muhd. Khairul Ariffin Bin Raili



Gambar : Muhd, Khairul Ariffin yang telah berjaya memenangi hadiah bagi Kategori Kreativiti & Bakat Terbaik, Kategori Kandungan Terbaik dan beliau telah menjadi Juara dalam pertandingan kali ini.


Peserta yang telah berjaya menggondol hadiah bagi :


Tempat Pertama

~ Muhd. Khairul Ariffin Bin Raili


Tempat Kedua

~ Masdillah Bin Bojeng


Tempat Ketiga

~ Dyg Kok Mastura Bt Awg Ahmad

PJK DAERAH SIMUNJAN

Pusat Jalur Lebar Komuniti Daerah Simunjan

Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital penduduk di Daerah Simunjan dan untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Sebanyak 12 pusat PJK perintis di seluruh Malaysia dan Daerah Simunjan merupakan pusat yang pertama di seluruh Sarawak.

Monday, June 22, 2009

Asal-usul Simunjan dinamakan.


Cerita 1

Menurut cerita orang-orang tua di Daerah Simunjan, pada suatu masa dahulu seorang pedagang Cina telah datang ke Simunjan. Pedagang Cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang (sejenis kapal layar) di mana beliau membawa tembakau dan garam. Pedagang tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang sungai Simunjan . Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjemur "Jan" dalam keadaan yang mendung (Jan- tembakau dalam bahasa Cina). Perbuatan pedagang Cina tadi telah menyebabkan orang Melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata : "Semunlah Jan , kau tu". Sejak itu perkataan "Semun" (lembab) dan "Jan" bermain di bibir orang melayu di kawasan itu . Mulai dari itu juga penduduk kawasan itu telah mengelar kawasan itu sebagai " Simunjan" .

Cerita 2

Pada asalnya Simunjan adalah dari perkataan Melayu Sarawak di mana zaman dahulu, penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakkan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawak ialah lembab atau dalam bahasa Sarawak dipanggil "Semun", Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu menyebabkan mancis trersebut menjadi lembab atau "semun" memandangkan kawasan tersebut masih belum diberi nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan "semun" dan "hujan" hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal usulnya hingga diberi nama "Simunjan" .