Monday, June 22, 2009

Asal-usul Simunjan dinamakan.


Cerita 1

Menurut cerita orang-orang tua di Daerah Simunjan, pada suatu masa dahulu seorang pedagang Cina telah datang ke Simunjan. Pedagang Cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang (sejenis kapal layar) di mana beliau membawa tembakau dan garam. Pedagang tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang sungai Simunjan . Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjemur "Jan" dalam keadaan yang mendung (Jan- tembakau dalam bahasa Cina). Perbuatan pedagang Cina tadi telah menyebabkan orang Melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata : "Semunlah Jan , kau tu". Sejak itu perkataan "Semun" (lembab) dan "Jan" bermain di bibir orang melayu di kawasan itu . Mulai dari itu juga penduduk kawasan itu telah mengelar kawasan itu sebagai " Simunjan" .

Cerita 2

Pada asalnya Simunjan adalah dari perkataan Melayu Sarawak di mana zaman dahulu, penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakkan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawak ialah lembab atau dalam bahasa Sarawak dipanggil "Semun", Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu menyebabkan mancis trersebut menjadi lembab atau "semun" memandangkan kawasan tersebut masih belum diberi nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan "semun" dan "hujan" hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal usulnya hingga diberi nama "Simunjan" .

3 comments:

sekampung said...

Nice story ha.. baruk kinek tuk mek tauk asal usul nama simunjan ye, keep it up blogger!!

ROSTANI.S said...

orang kampong
usaha yang bagus kerana mendedahkan simunjan ke dunia luar terutama dng mendedahkan nama asal usul simunjan,tentu orang masa kini sik tau dimana datangnya perkataan simunjan.terutama orang datang.teruskan gali-gali dapatkan sejarahnya pulak.

aretea said...

tx For Ur Comment. As a Simunjanian i'll do my best for my village. Tx again. Sokongan kitak org mmg amat dihargai.