Monday, April 19, 2010

Asal Usul Nama " SIMUNJAN"


Menurut cerita, Daerah Simunjan mendapat nama daripada seorang pedagang Cina yang datang ke Simunjan. Pedagang Cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang (sejenis kapal layar) di mana beliau membawa tembakau dan garam. Pedagang cina tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang sungai Simunjan. Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjemur "Jan" dalam keadaaan cuaca yang mendung (maksud Jan dalam bahasa Cina ialah Tembakau). Perbuatan pedagang Cina tadi telah menyebabkan orang Melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata:"Semunlah Jan" kau itu. Sejak itu perkataan "Semun" (lembab) dan "Jan" bermain dibibir orang Melayu di kawasan itu. Mulai dari itu juga penduduk kawasan itu menggelar kawasan tersebut sebagai "SIMUNJAN".

Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak di mana pada zaman dahulu, penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak di mana pada zaman dahulu, penduduk asalnya yang terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun” .batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun” . Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu menyebabkan mancis tersebut menjadi lembab atau memandangkan kawasan tersebut masih belum diberi nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama ‘SIMUNJAN’

5 comments:

BeMiE said...

wahh tul ker..? mana dapat info ni...

pago" said...

info sejarah yang berguna..

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Dah lupa Simunjan kat sne.. Hehe.. Lamak dah tinggai Sarawak.. Dah dekat 5 tahun...

Azrul Hisham said...

salam ziarah dari Geng Blogger...berguling2 jap kat blog ni..hehe :)

nia aretea said...

TX to all yg send comment, Bemie - Asal usul ni kami perolehi dari cerita orang-orang lama dan telah menjadi cerita turun temurun, Insyaallah cerita ini akan di wariskan pada generasi akan datang. Pago, Hanis Aleeya & Azrul tx again n welcome.