Wednesday, October 19, 2011

I'm Back



Lamanya dah tidak posting kat blog emmm..... tetiba teringat kat perwira yang telah mengharumkan nama Daerah Simunjan namun tahukah anda sebagai anak watan Simunjan? jom kenali....
Perwira Negara asalnya dari Daerah Simunjan, masihkah ada ingat siapa Sapok Biki. Seorang wira negara telah berjaya mengharumkan nama negara ketika Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Malaysia sebagai seorang peninju . Beliau telah berjaya mengondol pingat emas pertama negara dalam arena tinju di sukan tersebut.

Pasti ramai yang tahu terutamanya warga Daerah Simunjan bahawa dalam sukan tersebut beliau telah memenangi pertandingan dalam kategori light flyweight dan beliau telah mengejutkan nama-nama besar dalam kategori tersebut. Sebagai anak Simunjan rasa bangga dan berbunga-bunga tetap tersemat di dalam hati kerana terdapat anak Simunjan yang telah mengharumkan nama Daerah Simunjan bumi tempat kita berpijak. Selain itu juga, beliau telah memenangi pingat emas di Sukan Komanwel dan seterusnya turut berjaya memenangi pingat perak di Sukan SEA 1995 di Chiang Mai, Thailand. Bila pula giliran kita mengikut jejak perwira kita... " Agi Idup Agi Ngelaban"


No comments: