Sunday, May 17, 2009

Jom Kenali Daerah Simunjan


Daerah Simunjan adalah salah satu Daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah 23,277 km persegi. Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air. Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau, pergunungan di kawasan paya dan rendah di tepian pantai. Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama bagi Daerah Simunjan.Pekan-pekan penting di bawah pentadbiran Simunjan ialah Simunjan, Gedong, Sebangan ,Sebuyau dan Tebelu. Jumlah penduduk Daerah Simunjan ialah 38,098 orang yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.

No comments: